SEJARAH SEKOLAH
|  |  | Bangunan pejabat sekolah
| Bangunan Makmal sekolah
| Ladang Ulu Remis adalah merupakan sebuah ladang kelapa sawit yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari Pekan Layang-Layang. Ladang ini telah dibuka oleh sebuah syarikat kepunyaan British, iaitu Guthrie pada awal tahun 40-an..
Pihak pengurusan ladang berpendapat kemudahan asas amat penting sebagai satu tarikan kepada para pekerja ladang untuk bekerja di ladang mereka. Berdasarkan teori ini, maka pada penghujung tahun 40-an, 3 buah sekolah telah ditubuhkan di ladang ini iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina.
|  |  | Bangunan kantin sekolah
| Bangunan Perpustakaan sekolah
| Bangunan Sekolah Melayu telah didirikan berhampiran dengan kawasan perumahan pekerja-pekerja ladang. Bangunan sekolah ini berukuran 30 kaki x 20 kaki dan diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink. Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 2 bilik darjah sahaja. Pertambahan bilangan murid dari tahun ke tahun telah menyebabkan bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini, pihak pentadbir ladang telah mengizinkan Bangunan Persatuan Pekerja dijadikan bilik-bilik darjah
Pada awal tahun 60-an, Guru Besar dan beberapa orang wakil ibu bapa melalui UMNO telah mendesak pihak kerajaan supaya mendirikan sebuah sekolah yang baru. Pada tahun 1972, pihak ladang setelah berunding dengan pihak kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 4 ekar untuk dijadikan kawasan sekolah. Kerja-kerja membersih dan meratakan kawasan dimulakan pada pertengahan tahun 1973. Bangunan sekolah yang sedia ada ini telah siap dibina pada bulan Mac 1974. Pada tanggal 1 haribulan April 1974, murid-murid Sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis mula belajar di sekolah yang baru.
|
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
|